Tutorial 3 (Minggu 4)

Topik

3. Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran

  • Pemilihan media pengajaran
  • Pengubahsuaian dan Penghasilan Media Pengajaran
  • Penilaian keberkesanan Media Pengajaran

 

Hasil Pembelajaran

  1. Menjelaskan konsep-konsep dan peranan teknologi dan media untuk pengajaran dan pembelajaran. (C2,LO1)
  2. Menilai keberkesanan media dan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan instrumen penilaian dengan cekap. (C5, A5,P7, LO3, CTPS5,)
  3. Menghasilkan media pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. (C6, A3, P5, LO2

Tutorial Bersemuka

Perbincangan kumpulan berempat- Projek Tutorial Kamishibai (Rujuk Panduanya)

  1. Mengenalpasti dan memilih tema / topik / kemahiran yang bersesuaian untuk tujuan penceritaan.
  2. Menentukan kandungan cerita yang bakal digunakan dalam Projek Kamishibai.
  3. Melakarkan papan cerita bagi menentukan jalan cerita untuk penghasilan kad-kad cerita.

 

Interaksi  Tidak Bersemuka

1. Pencarian maklumat melalui Internet dan Perpustakaan:

  • Kriteria pemilihan media pengajaran.
  • Kon Pengalaman Edgar Dale.
  • Pengertian media 2 Dimensi dan 3 Dimensi.

2. Secara kumpulan berempat:

Pencarian maklumat melalui Internet dan Perpustakaan.

  • Mengenalpasti tema/topik/kemahiran yang sesuai untuk tujuan penceritaan dalam DSKP subjek major/elektif.
  • Mengenalpasti bahan cerita yang sesuai untuk tujuan penceritaan bagi tema/topik/kemahiran pilihan.
  • Mencari bahan visual yang bersesuaian untuk Projek Kamishibai.
  • Mencari maklumat tentang teknik bercerita Kamishibai.

 

Rujukan

Noriati A. Rashid, Boon, Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hassan. (2012). Bab 4 & 6 dalam Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Edisi kemaskini. Shah Alam: Oxford Fajar Bakti.

Smaldino, Russell, Heinich & Molenda. (2005). Chapter 3. Instructional Technology and Media for Learning. (8th ed.) New Jersey: Pearson & Merril Prentice Hall

 

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *