Media Pengajaran

Media Pengajaran

Tajuk ini mengandungi konsep media dan media pengajaran yang merupakan
salah satu domain dalam teknologi pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan
pengkelasan, kelebihan serta fungsi untuk menentukan pemilihan, pembinaan
dan penggunaan media pengajaran sebagai saluran komunikasi.

HASIL PEMBELAJARAN

  1. Menjelaskan konsep media dan media pengajaran.
  2. Merumuskan fungsi media pengajaran.
  3. Menyatakan pengkelasan media pengajaran.
  4. Menganalisis faktor dan cara permilihan media pengajaran.
  5. Menyata dan menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran.

Subtajuk:

  • Konsep Media Pengajaran
  • Jenis-jenis dan klasifikasi media
  • Fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran

KONSEP MEDIA PENGAJARAN

RENUNGAN

  • Apakah media pengajaran?
  • Bagaimana media boleh meningkatkan keberkesanan proses P&P?
  • Bagaimana media boleh diklasifikasikan?
  • Apakah fungsi media pengajaran?
  • Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan di dalam memilih media pengajaran?
  • Apakah langkah-langkah yang perlu di dalam menyediakan bahan media pengajaran?

Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

FIKIR-FIKIR

Nyatakan kelebihan menggunakan media dalam pengajaran
Apakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar:
(a) Sains mengenai rupa atom;
(b) Matematik mengenai set, subset dan tindanan:
(c) Perbezaan lagu-lagu klasik Timur; dan
(d) Contoh binatang-binatang terancam di Malaysia?

JENIS-JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA

Media boleh dibezakan melalui:
a. Bentuk fizikal atau format
b. Atribut atau ciri

Media pengajaran terbahagai kepada dua:
a. Media Cetak
b. Media bukan cetak

Pengkelasan Media
1. Media Tayang Kaku contoh: transparensi, slaid dan mikrofilem
2. Media Tayang Bergerak contoh: pita video, cakera padat digital dan filem
3. Bahan Grafik contoh: lukisan, poster, kartun, carta dan graf
4. Gambar kaku gambar contoh: foto, kad imbasan dan poskad
5. Bahan Pameran Tiga-Dimensi contoh: model, boneka, diorama dan pupet
6. Papan Paparan/Pameran contoh: papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin
7. Media Audio contoh: pita kaset, cakera padat dan komputer
8. Media Cetak contoh: modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah

FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RENUNGAN

  • Apakah fungsi media di dalam proses P&P?
  • Bagaimanakah media dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses P&P?
  • Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan.
  • Pengalaman pembelajaran seharusnya daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak.

Antara fungsi media pengajaran ialah:

(a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej
Anggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej seringkali menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah komunikasi. Adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan akan lebih berkesan dan menarik seperti melalui penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.

(b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera

Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera:
(i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.
(ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.
(iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem,
gambar foto mahupun secara lisan.
(iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam
bentuk model, gambar rajah, dll.
(v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.
(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi
Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi
sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan
kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

(d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama

Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

FIKIR-FIKIR

Anda adalah seorang guru di sebuah sekolah. Penggunaan Media Pengajaran memainkan peranan yang penting dalam proses P&P.
i. Terangkan maksud media pengajaran
ii. Nyatakan pengkelasan media pengajaran
iii. Nyatakan kelebihan penggunaan media pengajaran
Langkah-langkah membina media pengajaran haruslah mengandungi aspek
berikut;

Analisis
o Keperluan
o Kandungan Topik
o Pelajar -Hasilan pembelajaran
o Objektif.

Pemilihan Bahan
o Jenis Media
o Ciri Media
o Kesesuaian

Reka bentuk
o Media
o Proses pengintegrasian dalam P&P
o Rancangkan penglibatan pelajar.

Pembinaan
o Pengguaan perkakasan, peralatan dan perisian
o Penerbitan.

Pelaksanaan
o Penggunaan dalam P&P

Penilaian
o Semak perancangan anda.
o Maklumbalas sebelum pelaksanaan
o Maklumbalas semasa pelaksanaan
o Maklumbalas selepas pelaksanaan

FIKIR-FIKIR
a)Bincangkan apa yang dimaksudkan media pengajaran?,b) Nyatakan ciri-ciri dan jenis-jenis media pengajaran.
c) Bincangkan apakah kesan dan kepentingan media pengajaran dalam proses P&P.
d) Dengan menggunakan persembahan elektronik atau perisian yang sesuai bina carta atau pengurusan grafik yang sesuai untuk menunjukkan klasifikasi media pengajaran.

REFLEKSI

  1. Apakah yang kita faham tentang media pengajaran?
  2. Apakah perbezaan antara “teknologi pengajaran” berbanding dengan “media pengajaran” ?
  3. Apakah perbezaan antara media pengajaran dengan sumber pengajaran?

Ingat:
Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam
portfolio anda.

LATIHAN

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan media?
  2. Apakah fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran?
  3. Terdapat pelbagai jenis media yang boleh membantu guru-guru dalam melaksanakan pengajaran di bilik darjah. Jelaskan klasifikasi tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.
  4. Anda telah melalui pelbagai pengalaman sebagai pelajar di sekolah. Berdasarkan pengalaman anda buat penilaian dan refleksi tentang perbezaan pembelajaran melalui penggunaan pelbagai media dengan pembelajaran tanpa penggunaan media.
  5. Bagaimana media mampu membantu masyarakat menjadi masyarakat yang berpendidikan.
  6. Apakah perbezaan antara media dengan media dalam pengajaran?

LATIHAN LANJUTAN

  1. Dalam pengkelasan media pengajaran, Edgar Dale (1946) telah membina “Kon Pengalaman Dale”. Apakah yang dimaksudkan dengan “Kon Pengalaman Dale”? Apakah pula pendapat Brunner (1966) mengenai kon yang sama?
  2. Lukiskan 1 carta aliran (langkah-langkah) penyediaan media pengajaran.

Bibliografi

Mohd Jizat Abdol,Abdul Razak Idris dan  Jessnor Elmy (2006). Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran.UTM.

Ngui Kuan Sang.(1989).Teknologi Pendidikan: Penggunaannya dalam pengajaran Geografi, Fajar Bakti.Kuala Lumpur.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain.(2009).Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Puchong.Penerbitan Multimedia.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009).Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Shah Alam. Oxford Fajar.

Prcival , H.T., Ellington,H.I. dan race,P.,(1993).Handbook of Educational Technology. edisi ke-3.Kogan Page.London.

Smaldino,S.,Russell,J.,Heinnich, R,& Molenda, M.,(2005). Instructional Technology and Media for Learning, edisi ke-8.Pearson Prentice Hall. New York.

Wah Wan Ali et al.(2008). HBEM3103. PrinsipmTeknologi Pengajaran.OUM.Kuala Lumpur.

 

Topik Semester 2016-2

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER

KURIKULUM

 

SEMESTER  JUN-NOV   TAHUN   2016

 

Kursus                                                 : TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kod Kursus                                         : EDUP3053

Kredit                                                   : 3

Kumpulan Diajar                                 : PISMP AMBILAN JUN 2015

Minggu/ Tarikh Topik/ Tajuk Jam Interaksi

(Seminggu)

Catatan
M1

12-16 Jun 2016

1. Teknologi dan Media Pengajaran

  • Konsep Teknologi dan Media untuk Pengajaran dan Pembelajaran.
  • Konsep Technological Pedagoical Content Knowledge (TPACK)
KULIAH      (1)

TUTORIAL (2)

  2. Reka Bentuk Pengajaran

  • Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran
  • Peranan reka bentuk pengajaran
  • Model-model reka bentuk pengajaran
KULIAH      (1)

TUTORIAL (0)

 

M2

19-23 Jun 2016

2. Reka Bentuk Pengajaran

  • Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran
  • Peranan reka bentuk pengajaran
  • Model-model reka bentuk pengajaran
KULIAH      (0)

TUTORIAL (2)

22 Jun 2016 Nuzul Al-Quran
  3. Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran

  • Pemilihan media pengajaran
  • Pengubahsuaian dan Penghasilan
  • Media PengajaranPenilaian keberkesanan Media Pengajaran
KULIAH      (1)

TUTORIAL (1)

M3

26-30 Jun 2016

3. Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran

  • Pemilihan media pengajaran
  • Pengubahsuaian dan Penghasilan Media Pengajaran
  • Penilaian keberkesanan Media Pengajaran
KULIAH      (0)

TUTORIAL (1)

  4. Visual untuk Pengajaran dan Pembelajaran

  • Peranan Visual dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Jenis-jenis visual
  • Penghasilan bahan visual untuk pengajaran dan pembelajaran
KULIAH      (2)

TUTORIAL (1)

M4

3-7Jul 2016

CUTI HARI RAYA PUASA KULIAH      (0)

TUTORIAL (0)

 

6-7 Julai 2016 Hari Raya Puasa

M5

10-14 Jul 2016

4. Visual untuk Pengajaran dan Pembelajaran

  • Peranan Visual dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Jenis-jenis visual
  • Penghasilan bahan visual untuk pengajaran dan pembelajaran
KULIAH      (0)

TUTORIAL (3)

  5. Audio untuk Pengajaran dan Pembelajaran

  • Peranan audio dalam pengajaran dan pembelajaran
  •  Sumber audio dan format fail audio
  • Penghasilan bahan audio untuk pengajaran dan pembelajaran
  • Perancangan dan penyediaan skrip, perkakasan dan perisian,
  • Rakaman dan suntingan
KULIAH      (1)

TUTORIAL (0)

M6

17-21 Jul 2016

5. Audio untuk Pengajaran dan Pembelajaran

  • Peranan audio dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Sumber audio dan format fail audio
  • Penghasilan bahan audio untuk pengajaran dan pembelajaran
  • Perancangan dan penyediaan papan cerita
  • Rakaman dan suntingan
KULIAH      (0)

TUTORIAL (2)

Pengedaran dan taklimat tugasan kerja kursus.
  6. Video untuk Pengajaran dan Pembelajaran

  • Peranan video dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Sumber video dan format fail video
  • Teknik rakaman video
  • Penghasilan klip video
  • Perancangan dan penyediaan papan cerita
  •  Rakaman dan suntingan
KULIAH      (2)

TUTORIAL (0)

 
M7

24-28 Jul 2016

6. Video untuk Pengajaran dan Pembelajaran

  • Peranan video dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Sumber video dan format fail video
  • Teknik rakaman video
  •  Penghasilan klip video
  • Perancangan dan penyediaan papan cerita
  • Rakaman dan suntingan
KULIAH      (0)

TUTORIAL (4)

 
M8

31 Jul – 4 Ogos 2016

7. Integrasi Perisian Aplikasi Pejabat untuk Pengajaran dan Pembelajaran

  • Jenis-jenis Perisian Aplikasi
  • Pemprosesan Perkataan
  • Persembahan Elektronik
  • Hamparan Elektronik
  • Pangkalan Data
  • Integrasi perisian aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
KULIAH      (2)

TUTORIAL (2)

M9

7-11 Ogos 2016

7. Integrasi Perisian Aplikasi Pejabat untuk Pengajaran dan Pembelajaran

·         Jenis-jenis Perisian Aplikasi

  • Pemprosesan Perkataan
  • Persembahan Elektronik
  • Hamparan Elektronik
  • Pangkalan Data

·         Integrasi perisian aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran

KULIAH      (0)

TUTORIAL (2)

  8. Multimedia Interaktif untuk Pengajaran dan Pembelajaran

·         Konsep multimedia

·         Penghasilan pakej pembelajaran multimedia interaktif

  • Perancangan dan penyediaan bahan multimedia
  • Elemen interaktiviti

·         Penilaian bahan multimedia

KULIAH      (2)

TUTORIAL (0)

M10

14-18 Ogos 2016

8. Multimedia Interaktif untuk Pengajaran dan Pembelajaran

·         Konsep multimedia

·         Penghasilan pakej pembelajaran multimedia interaktif

  • Perancangan dan penyediaan bahan multimedia
  • Elemen interaktiviti

·         Penilaian bahan multimedia

KULIAH      (0)

TUTORIAL (4)

M11

21-25 Ogos 2016

 

9. Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran

  • Konsep dan jenis-jenis pembelajaran dalam talian
  • Peralatan dan aplikasi pembelajaran dalam talian
  • Penggunaan aplikasi internet untuk pengajaran
KULIAH      (2)

TUTORIAL (2)

M12

28 Ogos – 1 Sep 2016

9. Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran

  • Konsep dan jenis-jenis pembelajaran dalam talian
  • Peralatan dan aplikasi pembelajaran dalam talian
  • Penggunaan aplikasi internet untuk pengajaran

 

KULIAH      (0)

TUTORIAL (2)

31 Ogos 2016 Hari Kebangsaan

 

*Penyerahan tugasan kerja kursus / Penyemakan tugasan kerja kursus.

  (Pembentangan Kumpulan boleh dimulakan menggunakan waktu interaksi 2 jam tersebut

4 X ½ jam per kumpulan)

 

KULIAH      (0)

TUTORIAL (0)

 

PENTAKSIRAN (2)

M13

4-8 Sep 2016

(Pembentangan Kumpulan boleh dimulakan menggunakan waktu interaksi 3 jam tersebut

8 X ½ jam per kumpulan)

 

 

KULIAH      (0)

TUTORIAL (0)

 

PENTAKSIRAN (4)

M14

11-15 Sep 2016

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 2 12 Sep 2016 Hari Raya Haji
M15

18-22 Sep 2016

PBS 2
M16

25-29 Sep 2016

10. Isu dan Cabaran Penggunaan Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

·         Isu harta intelek, undang-undang siber, plagiat, kerahsiaan, keselamatan, penyebaran maklumat

·         Cabaran aplikasi teknologi terkini dalam pengjaran dan pembelajaran

  •  Kesediaan guru dan pelajar
  •  Sokongan organisasi
  • Kesediaan teknologi

·         Piawaian ISTE (International Society for Technology in Education

KULIAH      (1)

TUTORIAL (2)

M17

2-6 Okt 2016

INTERAKSI / AMALI 2 Okt 2016 Awal Muharram (Maal Hijrah)
M18

9-13 Okt 2016

INTERAKSI / PERKHEMAHAN WAJIB UNIT BERUNIFORM / AMALI
M19

16-20 Sep 2016

INTERAKSI *Penghantaran Kerja Kursus /Semak Kerja Kursus (Tarikh asal)
M20

23-27 Okt 2016

INTERAKSI Markah Kerja Kursus di masukkan ke dalam BKKKP
M21

30 Okt – 3 Nov 2016

PEPERIKSAAN NOV 2016 (SESI 2) 29 Okt 2016 Hari Deepavali
M22

6-10 Nov 2016

PEPERIKSAAN NOV 2016 (SESI 2) 6 Nov 2016 Hari Hol Almarhum Sultan Johor

 

M23

13-17 Nov 2016

PEPERIKSAAN NOV 2016 (SESI 2)
M24

20-24 Nov 2016

PEPERIKSAAN NOV 2016 (SESI 2)  

 

25 Nov 2016 -1 Jan 2017 CUTI AKHIR TAHUN 2016
JUMLAH  KULIAH      (15)

TUTORIAL (30)

JUMLAH BESAR =   (45)

Catatan : Rancangan ini tertakluk pada pindaan

 

TPACK


Tujuh Komponen  TPACK

TPACK Image (rights free)

  • Pengetahuan Pedagogi (PK) – “pengetahuan yang mendalam Guru tentang proses dan amalan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini  merangkumi, antara lain, tujuan pendidikan keseluruhan, nilai dan matlamat. Ini bentuk generik pengetahuan terpakai untuk memahami bagaimana pelajar belajar, kemahiran pengurusan bilik darjah umum, persediaan mengajar, dan penilaian pelajar. “(Koehler & Mishra, 2009).
  • Pengetahuan Teknologi (TK) – Pengetahuan tentang cara-cara tertentu untuk berfikir tentang, dan bekerja dengan teknologi, alat dan sumber. dan bekerja dengan teknologi boleh digunakan untuk semua alat teknologi dan sumber. Ini termasuk teknologi maklumat pemahaman yang cukup luas untuk memohon secara produktif di tempat kerja dan dalam kehidupan sehari-hari, dapat mengenali apabila teknologi maklumat boleh membantu atau menghalang pencapaian matlamat, dan dapat terus menyesuaikan diri dengan perubahan dalam teknologi maklumat (Koehler & Mishra, 2009).
  • Pedagogi Pengetahuan Kandungan (PCK) – “Selaras dengan dan sama dengan idea Shulman pengetahuan pedagogi yang terpakai kepada pengajaran kandungan tertentu. Tengah ke konsep Shulman terhadap PCK adalah tanggapan transformasi hal perkara untuk mengajar. Secara khususnya, menurut Shulman (1986), perubahan ini berlaku kerana guru menafsirkan hal perkara, mendapati pelbagai cara untuk mewakilinya, dan menyesuaikan diri dan menyesuaikan bahan-bahan pengajaran untuk konsep alternatif dan pengetahuan sedia ada murid. PCK meliputi perniagaan teras pengajaran, pembelajaran, kurikulum, penilaian dan laporan, seperti syarat-syarat yang menggalakkan pembelajaran dan pautan antara kurikulum, pentaksiran, dan pedagogi “(Koehler & Mishra, 2009).
  • Teknologi Pengetahuan Kandungan (TCK) – “Pemahaman tentang cara bagaimana teknologi dan pengaruh kandungan dan mengekang satu sama lain. Guru-guru perlu menguasai lebih daripada hal perkara mereka mengajar; mereka juga perlu mempunyai pemahaman yang mendalam tentang cara bagaimana hal perkara (atau jenis representasi yang boleh dibina) boleh diubah oleh penggunaan teknologi tertentu. Guru perlu memahami teknologi tertentu yang paling sesuai untuk menangani pembelajaran hal perkara yang domain mereka dan bagaimana telunjuk kandungan atau mungkin juga perubahan teknologi atau naib juga sebaliknya “(Koehler & Mishra, 2009).
  • Teknologi Pedagogi Pengetahuan (TPK) – “Pemahaman tentang proses pengajaran dan pembelajaran boleh berubah apabila teknologi tertentu yang digunakan dalam cara yang tertentu. Ini termasuk mengetahui affordances pedagogi dan kekangan pelbagai alat teknologi kerana ia berkaitan dengan disciplinarily dan sesuai dengan perkembangan reka bentuk pedagogi dan strategi “(Koehler & Mishra, 2009).
  • Teknologi Pedagogi Kandungan Pengetahuan (TPACK) – “Di sebalik pengajaran benar-benar bermakna dan amat mahir dengan teknologi, TPACK adalah berbeza daripada pengetahuan mengenai ketiga-tiga konsep secara individu. Sebaliknya, TPACK adalah asas kepada pengajaran yang berkesan dengan teknologi, memerlukan pemahaman konsep menggunakan teknologi; teknik pedagogi yang menggunakan teknologi dengan cara yang membina untuk mengajar kandungan; mengetahui apa yang menyebabkan konsep sukar atau mudah untuk belajar dan bagaimana teknologi boleh membantu membetulkan masalah yang dihadapi oleh pelajar; ilmu pengetahuan terdahulu dan teori epistemologi pelajar; dan pengetahuan tentang bagaimana teknologi boleh digunakan untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada untuk membangunkan epistemologi baru atau mengukuhkan yang lama “(Koehler & Mishra, 2009)

Bibliografi

Koehler, M. J., & Mishra, P. (2009). What is technological pedagogical content knowledge? Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 9(1), 60-70.

Mishra, P., & Koehler, M. J. (2006). Technological Pedagogical Content Knowledge: A framework for teacher knowledge. Teachers College Record, 108(6), 1017-1054. doi: 10.1111/j.1467-9620.2006.00684.x.

Shulman, L.S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15(2), 4-14.

Link bahan berkaitan

TPACK

Video

 

Penggambaran Melalui Video

Video adalah merupakan salah satu daripada media bergerak.Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan yang seharusnya disedari oleh guru supaya ia
boleh mempergunakannya dalam bilik darjah. Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan masa. Pergerakkan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan.

Pernahkan anda melihat proses bunga berkembang dalam rancangan televisyen? Sekiranya anda hendak melihat bunga sebenar berkembang tentulah mengambil masa yang lama. Tetapi melalui teknik rakaman masa sela, masa boleh dipendekkan di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak perlu menonton begitu lama untuk melihat bunga berkembang dalam keadaan sebenar. Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi. Adalah mustahil untuk membawa murid-murid melihat letupan gunung berapi dalam situasi yang sebanar. Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh murid-murid, sementara murid-murid juga boleh melihat ruang angkasa melalui jarak jauh.

Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi. Teknik ini memerlukan sedikit kemahiran bagi menghasilkan pergerakan yang biasanya akan menjadi tarikan kepada minat murid terhadap pelajaran. Setelah membaca tentang kelebihan-kelebihan video, anda mungkin teringin untuk menghasilkan sendiri bahan video untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebelum anda memulakan kerja-kerja penggambaran adalah lebih baik anda ikuti terlebihi dahulu tentang beberapa aspek berkaitan dengan penerbitan video. Dalam bahagian seterusnya anda akan diterangkan tentang jenis-jenis kamera dan perakam video.

Jenis-Jenis Kamera Video

Anda mungkin pernah melihat orang menggunakan kamera video yang kecil dalam majlis-majlis seperti perkahwinan, harijadi atau aktiviti-aktiviti sosial. Dalam situasi lain pula anda mungkin melihat wartawan memikul kamera video di bahu. Anda mungkin tertanya-tanya apakah perbezaannya selain daripada saiz yang berbeza. Sebenarnya terdapat dua format video kamera yang utama iaitu kamera video analog dan kamera video digital.

Kamera video analog

Video analog

Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Kamera ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam pelbagai format seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz kaset ini berbeza-beza dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai dengannya sahaja.

Kamera video digital

Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital. Kamera ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam format DVC (Digital Video Cassette). Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan menggunakan kabel firewire. Imejnya boleh disunting dengan menggunakan perisian-perisian suntingan video secara digital melalui komputer.

Sebelum anda menggunakan sebuah kamera video, anda haruslah dapat mengenali bahagian-bahagian asas sebuah kemera video. Sila lihat gambarajah di bawah dan cuba kenal pasti fungsi bahagian-bahagian tersebut.

Bahagian-Bahagian Kamera Video

Setelah anda mengenali bahagian-bahagian kamera video, anda mungkin ingin untuk terus merakam gambar. Tetapi nanti dulu. Anda perlu mengetahui sedikit tentang jenis-jenis shot. Ini penting kerana pengetahuan ini dapat membantu anda menghasilkan bahan video yang lebih baik. Sekarang anda boleh berhenti seketika. Bayangkan semula filem-filem yang pernah anda tonton. Cuba tonton beberapa rancangan televisyen sekiranya anda tidak dapat mengingatinya. Semasa menonton, lihat pertukaran-pertukaran imej dan pergerakanpergerakan kamera. Semasa anda menonton anda akan dapati ada ketikanya sesuatu imej itu diambil dari jarak dekat dan ada ketikanya pula dari jarak jauh. Ada masanya kamera bergerak dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Lihat pula bagaimana kedudukan kamera semasa orang sedang bercakap atau berbual. Semua perubahan-perubahan imej ini ada kaitan dengan jenis-jenis shot dan pergerakan
kamera. Sekarang teruskan membaca modul ini dan bandingkan imej-imej yang anda tonton dengan gambar-gambar di bawah.

Anda juga perlu mengetahui shot-shot yang baik dan shot-shot yang dilarang.
Sekarang cuba anda perhatikan shot-shot di bawah.

Setelah mengetahui serba sedikit tentang jenis-jenis shot, anda juga perlu mengetahui tentang jenis-jenis pergerakan kamera. Sekarang cuba anda perhatikan gambar-gambar di bawah

Pergerakan  Panning
Pergerakan Tilting
Pergerakan Truck

Sekarang cuba tonton beberapa rancangan televisyen seperti Berita, dokumentari, forum dan drama. Bandingkan gambar-gambar tadi dengan jenis-jenis shot dan pergerakan kamera yang terdapat dalam rancangan-rancangan yang anda tonton

Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran

Merancang sesebuah bahan video untuk tujuan pengajaran adalah seperti kita membina rumah. Apabila kita hendak membina rumah kita terpaksa melalui beberapa proses. Begitulah juga dengan penerbitan bahan video. Berikut adalah proses tersebut.

1. Tetapkan Tujuan dan Objektif

Pastikan anda tahu matlamat rancangan anda  menghasilkan bahan video. Siapakan kumpulan sasarannya dan bagaimana bahan itu akan digunakan dalam pengajaran.

2. Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan
Kumpulkan bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat, gambar dan sebaginya yang anda fikirkan berguna untuk penggambaran.

3. Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai
Bahan yang anda kumpul mungkin terlalu banyak. Pilih bahan-bahan yang difikirkan benarbenar perlu.

4. Menulis Skrip
Di sinilah anda mencurahkan idea anda secara berurutan dan berstruktur.

5. Bersedia Membuat Penggambaran
Sediakan jadual penggambaran. Sekiranya anda bekerja dalam pasukan, tetapkan tugas masing-masing

6. Sediakan Bahan-Bahan Grafik
Anda perlu menyediakan bahan-bahan grafik sebelum penggambaran dimulakan. Kalau tidak ia akan mengganggu kelancaran penggambaran

7. Sediakan Bahan dan Peralatan
Pastikan bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi.

8. Mulakan Penggambaran
Anda mungkin akan membuat penggambaran luar dan dalam. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan
yang akan berlaku dan bersedia dengannya.

9. Menyunting
Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.
\

10. Membuat Rakaman Audio
Langkah ini adalah untuk memasukkan narasyen, Kesan bunyi dan muzik latar.

11. Prebiu
Rancangan perlu dipratonton oleh satu kumpulan kecil dan kemudian perbaiki kesilapan sekiranya ada.

12. Gunakan Dalam Pengajaran
Di sinilah anda menggunakan program video yang telah dihasilkan.

13. Penilaian
Di sinilah anda perlu menilai bahan video itu dari segi kesesuaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menyediakan Skrip Video atau Papan Cerita

Anda telah pun melalui pengalaman menghasilkan skrip audio. Sebenarnya konsep penyediaan skrip audio dan video adalah sama. Hanya terdapat sedikit perbezaan dari segi formatnya. Cuba anda perhatikan contoh skrip video di bawah. Bolehkan anda membuat perbezaannya?

Mengedit Video

Mengapa kita perlu mengedit video? Semasa anda membuat penggambaran, kemungkinan rakaman-rakaman tidak dibuat dalam susunan yang sepatutnya. Ada juga imej-imej yang dirakam terlalu panjang atau kurang berkaitan sehingga keseluruhan rancangan yang dirakam itu tidak berjalan dengan licin dan sempurna Dengan mengedit, bahan-bahan rakaman boleh disusun semula dan akan menghasilkan program yang lebih licin dan sempurna. Kerja mengedit memerlukan mesin mengedit. Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa tanpa mesin mengedit anda tidak boleh melakukan pengeditan. Untuk kerja-kerja mengedit yang mudah dan murah, anda hanya memerlukan sebuah pemain video dan sebuah perakam video serta dua buah televisyen. Kedua-duanya perlu disambungkan. Sila lihat gambar di bawah dan cuba anda buat sambungannya dengan menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah anda.

Perakam  video

Sudahkah anda membuat sambungan? Tahniah. Sekarang cuba mainkan sebuah rancangan video pada unit pemain dan tekan butang Record pada unit perakam. Untuk menyunting bahagian yang tidak dikehendaki, tekan butang Pause pada unit perakam dan cari bahagian yang hendak dimasukkan pada unit pemain. Kemudian tekan semula Record pada unit perakam.

Latihan

Sunting sebuah rancangan dari mana-mana sumber seperti berita, dokumentari atau drama untuk satu tajuk pengajaran yang sesuai dengan mata pelajaran opsyen anda. Bincangkan pengalaman anda ketika membuat kerja-kerja suntingan dalam sesi tutorial dengan pensyarah dan rakan-rakan.

PANDUAN PROSEDUR PENGHASILAN KLIP VIDEO
( Aplikasi Perisian Movie Maker)

A. PROSEDUR PENGHASILAN

Keseluruhan perancangan penghasilan didasarkan kepada Model Reka Bentuk Pengajaran yang meliputi aspek berikut:-

a. Pemilihan/perangkaan/penentuan kandungan
i. Penentuan ini dibuat mengikut tatacara Model ASSURE (sila lihat
Lampiran A – Analisis Kandungan).

b. Perangkaan papan cerita (story board)
i. Merangka papan cerita (skrip (narration), video, audio, muzik latar, kesan bunyi, dan lain-lain yang bersesuaian) terhadap topik yang dipilih (sila lihat Lampiran B – Perangkaan Papan Cerita)

c. Sumber koleksi bahan & penggambaran

i. Bahan foto (tidak bergerak) – gambar, illustrasi, bahan cetak dan yang bersesuaian dengannya bersumberkan bahan digital (muat turun dari internet, kamera digital) atau bukan digital.
ii. Bahan video (termasuk animasi) – keratan dari video-CD menggunakan perisian VCD Cutter, DVD chopper, CD-ROM, video yang dimuat turun dari internet melalui YouTube atau lainlain
kaedah, dari telefon bimbit, kamera digital atau kamera video digital.

iii. Bahan audio (muzik, suara, kesan khas (sound effect) – MP3, CDAudio, audio yang dimuat turun dari internet, rakaman secara digital atau analog.

d. Penggambaran
i. Menyediakan senarai semak bahan untuk penggambaran (gambar foto dan video) yang bersesuaian dengan subjek dan tajuk yang dipilih di lokasi yang ditetapkan (sila lihat Lampiran C – Senarai Semak Penggambaran)

e. Penyuntingan
i. Menyunting video berdasarkan perisian movie maker yang mengandungi adunan video (daripada pelbagai sumber), gambar foto dan audio (suara, muzik dan kesan bunyi).

ii. Hasilan dalam bentuk klip video berformat window media video (wmv) atau yang bersesuaian dengannya yang tidak melebihi 3 minit (sila lihat Lampiran E – Panduan Penyuntingan & Penghasilan Klip Video)

f. Uji lari
i. Membuat penambahbaikan dari pelbagai aspek yang terdapat pada papan cerita sekiranya perlu.

g. Aplikasi dan integrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
i. Merangka aktiviti guru dan murid dalam rancangan pengajaran yang menggunakan bahan yang dihasilkan (sila lihat Lampiran D – Rancangan Aktiviti Pengajaran)

Lampiran

  1. Penghasilan klip video
  2. Contoh papan cerita
  3. Penghasilan klip video
  4. Movie Maker
  5. Prinsip penyediaan papan cerita

Bahan Tambahan

Penggambaran melalui video
Penggunaan video

 

Audio

audio

Penghasilan Penerbitan Bahan Audio

Media audio berupaya untuk memberi sumbangan unik terhadap proses pengajarandan pembelajaran sepertipembelajaran kendiri bagi murid-murid yang kurangkeupayaan membaca, pembelajaran bahasa asing,bercerita untuk memerangsangimaginasi, muzik untuk aktiviti fizikal dan sebagainya. Alat-alat seperti radio kasetdan CD seharusnya adalah sesuatu yang biasa digunakan dalam bilik darjahdisebabkanpenggunaannya yang mudah. Walau bagaimanapun penggunaan mediaaudio yang berkesanmemerlukan kefahaman tentang proses pendengaran sertapemilihan bahan berdasarkan objektif pengajaran.

Mendengar adalah merupakan suatu proses komunikasi. Terdapat dua aspekpenting yang perlu anda fahami mengenai proses pendengaran iaitu mendengar(hearing) dan mendengar dengan memberi perhatian (listening). Prosesmendengar atau “hearing” hanyalah satu proses fisiologi sementara mendengardengan memberi perhatian adalah merupakan proses psikologi. Bolehkah andamembezakan di antara ke dua-duanya?Contohnya begini. Anda sedang berbual-bual dengan teman wanita anda dalamsebuah restoran.Semasa perbualan itu, anda mendengar (hear) bunyi kenderaan diluar, bunyi pelanggan bercakap-cakap, suara kanak-kanak ketawa dan sebagainya,namun bunyi-bunyi itu tidak anda perduli atau berikan perhatian. Sebaliknya andamendengar dengan memberi perhatian yang serius (listen) terhadap apa yang temanwanita anda cakapkan. Sekarang bolehkan anda membezakan di antara mendengardengan mendengardengan memberi perhatian? Di dalam bilik darjah keadaanserupa boleh berlaku. Bolehkah andaterangkan mengapa keadaan ini berlaku? Ya,ini ada kaitan dengan proses komunikasi

Keberkesanan proses mendengar di kalangan murid-murid bergantung padabeberapa perkara.

Pertama, tahap perbendaharaan kata atau kemahiran bahasayang dimiliki oleh mereka. Ini bermakna bahawakandungan mesej dalam bahanaudio hendaklah dalam lingkungan keupayaan kemahiran berbahasa murid.

Kedua, sejauh manakah murid-murid dapat mendengar dengan jelas sesuatu bahan
audio seperti bahana atau kelantangan (volume) audio dan kejelasan sebutan.
Bahana yang rendah sukar didengari oleh murid-murid sementara sebutan yang
kurang jelas akan menyukarkan murid-murid untuk memahami mesej yang hendak
disampaikan.

Ketiga, sejauh manakah nada sesuatu bunyi itu berbentuk sekata atau monotonous.Nada yang sekatasepanjang masa akan menyebabkabkan pendengar atau muridmenjadi lali sehingga ia tidak memberi perhatian tentang apa yang didengarinya.Oleh itu adalah penting sesuatu bahan audio itu mempunyai nadayang tidak sekata.

Keempat, sejauh mana seseorang pendengar atau murid-murid itu secara fizikalnyaberupaya untuk mendengar. Murid-murid yang mengalami selsema atau kurang sihatberkemungkinan kurang berupayaanuntuk memberi perhatian tentang apa yangdidengarnya.

Setelah membaca perenggan-perenggan di atas anda seharusnya dapat membuatkesimpulan bahawa terdapat dua elemen penting dalam menentukan keberkesananproses mendengar. Pertama ialah penyampai mesej (guru) dan kedua ialahpenerima mesej (murid). Guru yang dapat mempersembahkan atau menyampaikanmesejnya dengan berkesan kepada murid-murid yang bersedia untuk mendengarmesej akanmenghasilkan proses mendengar yang berkesan. Sebaliknya bahanaudio yang tidak dirancang, dihasil dan digunakan dengan baik oleh guru akanmenyebabkan proses mendengar kurang berkesan.

Penghasilan Bahan Audio Pendidikan

Sekarang anda hendak menghasilkan suatu bahan audio. Terdapat beberapa formatpenerbitan bahan audio yang boleh dihasilkan sendiri oleh anda. Di antara formatformattersebut ialah;
• Lakonan
• Temubual
• Simulasi
• Dokumentasi
• Demonstrasi
• Penerangan
• Diskusi

Sekarang katakanlah anda hendak menerbitkan sebuah lakonan. Terdapat beberapalangkah yang perlu diambil perhatian sebelum anda memulakan kerja. Dengan katalain anda perlu merancang. Langkah-langkahberikut penting untuk anda fikirkansebelum anda memulakan kerja.

1. Tetapkan matlamat
Anda perlu menentukan tujuan anda menerbitkan bahan audio tersebut.Siapakah kumpulan sasaran atau tahap murid? Bagaimana tentangkebolehan berbahasa murid, minat dan motivasi mereka? Adakah bahanyang akan anda hasilkan sejajarkan dengan sukatan pelajaran? Adakahbahan audio yang akan andahasilkan ini sesuai dengan objektif pengajaran?

Persoalan-persoalan tersebut perlu diberi perhatian sebelum anda membuat
keputusan.

2. Mengumpul bahan
Kumpulkan bahan-bahan dan sumber-sumber yang diperlukan. Fakta yanghendak dimasukkan hendaklah betul serta mencukupi dan kaya denganmaklumat yang diperlukan dalam sukatan pelajaran. Selain daripada itu andajuga perlu mengumpul kesan-kesan bunyi, muzik serta lagu-lagu tertentuyang mungkin diperlukan.

3. Pemilihan bahan
Bahan yang anda kumpulkan kemungkinan terlalu banyak. Anda perlumemilih bahan yang bersesuaian sahaja.

4. Menulis skrip
Di sinilah anda menulis atau mengarang kandungan bahan audio anda.

5. Menyediakan peralatan
Anda perlu menyediakan peralatan yang diperlukan dalam penerbitan bahanaudio. Di antara peralatan asas ialah alat perakam, mikrofon, pengadunsuara, kaset atau pita audio dan kabel-babel yang sesuai. Selain daripada ituanda perlu memastikan bahawa alatan-alatan tersebut dipasang denganbetul.

6. Membuat rakaman
Di peringkat inilah anda akan membuat rakaman suara, memasukkan kesankesan
bunyi serta muzik-muzik latar.
7. Prebiu
Setelah rakaman siap, anda perlu mendengar hasil rakaman tersebut dan
kemudian membuat beberapa pembetulan sekiranya perlu.
8. Penggunaan bahan audio
Di peringkat ini anda akan menggunakan bahan yang telah dihasilkan itu didalam bilik darjah.

Format Audio

Sekarang cuba kita tinjau format-format audio yang biasa digunakan dalampengajaran. Anda perlu mengetahui tentang format audio kerana ini melibatkanperalatan yang akan digunakan. Di antara format-format audio adalah seperti berikut;

Kaset audio
Saiz format audio ini ialah 2.5” X 4” X 0.5”. Kelebaran pitanya ialah 1 per 8 inci.Format ini paling banyak terdapat di pasaran dan menggunakan alat pemain kaset.Pengguna boleh merakam dan memadam. Ianya mudah digunakan serta berupayauntuk mengelak dariterpadam. Tape ini berupaya merakam dalam tempoh masatertentu seperti C-60 (boleh merakam selama 60 minit dengan menggunakan keduaduabelah bahagian), C-90 (45 minit bagi setiap bahagian) dan C-120 (60 minit bagisetiap bahagian)

Kaset mikro
Saiz keseluruhan format audio ini adalah lebih kecil berbanding format kaset audio.
Walaupun saiz pitanya adalah sama iaitu 1 per 8 inci, namun ia perlu menggunakan
alat pemain kaset yang kecil. Seperti kaset audio, pengguna boleh merakam dan
memadam kandungannya dengan mudah.

Fonograf atau piring hitam
Format ini berbentuk bulat dan leper. Terdapat tiga saiz yang diukur dalam diameteriaitu; 7, 10 dan 12 inci.Pengguna tidak boleh membuat rakaman. Format inimemerlukan alat pemain fonograf. Walaupun format ini mudah digunakan, ianyatidak lagi porpular dan sukar di dapati dalam pasaran hari ini.

Cakera padat atau CD
Format ini berbentuk bulat dan leper serta bersaiz 4.72 inci dalam diameter. Ianyamempunyai kualiti bunyi yang tinggi. Walau bagaimanapun pengguna tidak bolehmembuat rakaman atau memadamnya dengan mudah.Format ini memerlukan alatpemain CD

Alat-Alat Rakaman Audio
Untuk menerbitkan bahan audio anda memerlukan beberapa bahan dan peralatan asas seperti berikut;
• Alat perakam
• Mikrofon
• Pita audio atau kaset audio
• Kabel

Rajah: Perakam audio

Perakam Audio
Perakam audio yang mudah ialah pemain kaset yang biasa terdapat dalam pasaran. Walau bagaimanapun tidak semua pemain kaset boleh merakam audio. Cara mudahuntuk mengenali pemain kaset yang boleh membuat rakaman ialah dengan kehadiran butang rakaman atau record (biasanya butang ini berwarna merah).

Rajah: : Mini compo

Biasanya alat ini mempunyai mikrofon terbina dalam. Mini compo juga boleh digunakan sebagai perakam audio sekiranya ia mempunyai butang rakaman.

Penggunaan Bahan Audio

Mikrofon
Kualiti bunyi banyak bergantung pada pemilihan pnggunaan mikrofon. Mikrofon yang baik akan menghasilkan rakaman yang jelas. Maklumat berikut akan memberi pengetahuan kepada anda tentang pemilihan mikrofon yang sesuai bagi kerja-kerja rakaman mengikut situasi tertentu.
Mikrofon boleh dikelasifikasikan mengikut jenis penggunaan dan bentuk penerimaan bunyi dan mekanismanya.

Jenis Mikrofon Mengikut Penggunaan

• Mikrofon Mini
Mikrofon mini boleh dibahagikan kepada dua iatu jenis tie pin dan neck hanging. Tie
pin lebih kecil saiznya dan biasanya disematkan pada tali leher atau kolar baju. Jenis
neck hanging pula biasanya digantung pada leher

Mikrofon Tanpa Wayar
Mikrofon ini memerlukan alat penerima (receiver). Tidak terdapat sebarang wayar di antara mikrofon dengan alat penerima tersebut. Isyarat dihantar secara gelombang dari mikrofon ke alat penerima melalui antena. Mikrofon ini biasanya digunakan oleh pengguna yang bergerak aktif.

Jenis Mikrofon Mengikut Bentuk Penerimaan Bunyi

Mikrofon Semua Hala (Omni-Direction)
Mikrofon jenis ini menerima bunyi dari semua arah. Mikrofon ini biasanya digunakan untuk perbincangan kumpulan atau temubual.

Mikrofon Dua Hala (Bi-Direction)
Mikrofon ini menerima bunyi dari bahagian depan dan belakang sahaja. Mikrofon ini sesuai dalam keadaan soal jawab atau temubual antara dua orang.

Mikrofon Satu Hala (Uni-Directional)
Mikrofon jenis ini menerima bunyi yang datang dari satu hala sahaja. Ianya kurang peka dengan bunyi yang datang dari lain-lain hala. Oleh itu mikrofon ini sesuai bagi seorang penyampai atau suatu situasi di mana bunyi-bunyi asing berada dalam aras paling minimum.


Mikrofon Shortgun
Mikrofon ini adalah mikrofon satu hala yang berupaya untuk menerima bunyi dari sudut yang sempit dalam jarak yang agak jauh. Mikrofon ini sesuai digunakan sekiranya anda tidak berupaya untuk menghampiri sesuatu punca bunyi seperti bunyi burung, acara sukan atau bunyi-bunyi haiwan.

Jenis Mikrofon Mengikut Mekanisme
Fungsi mikrofon adalah untuk menukar gelombang akustik ke dalam bentuk getaran mekanikal. Getaran mekanikal itu kemudiannya ditukarkan ke dalam bentuk arus elektrik. Terdapat 4 jenis mekanisme mikrofon. Berikut adalah jenis dan ciri-ciri dan penggunaannya

Pita Audio
Pita audio boleh terdapat dalam beberapa bentuk. Bentuk atau format yang paling popular ialah kaset. Kandungan pita audio boleh terpadam sekiranya anda menekan butang rakaman pada perakam kaset.

Pengadun Suara
Bagaimana sekiranya anda hendak merakam suara narator dan dalam masa yang sama terdapat kesan bunyi dan muzik latar? Secara mudahnya, anda hanya memerlukan tiga pemain kaset. Satu untuk merakam dan dua lagi untuk memainkan kesan bunyi dan muzik latar. Cara ini masih boleh digunakan untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun hasilnya tidaklah sebaik penggunaan alat pengadun suara (audio mixer) seperti mana yang dalam ilustrasi di bawah. Pengadun suara adalah alat yang mempunyai banyak saluran input yang boleh dilaras bahananya dan satu output. Alat ini biasa terdapat di studio-studio


Sekarang katakanlah anda telah bersedia dengan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk membuat rakaman. Sebelum anda membuat rakaman anda tentulah sudah mempunyai idea. Idea anda hendaklah distrukturkan dalam bentuk skrip. Skrip hendaklah disediakan terlebih dahulu. Jangan mulakan rakaman sekiranya skrip anda tidak mantap. Cara terbaik ialah dengan membuat latihan membaca skrip. Apabila anda telah bersedia barulah mulakan kerja-kerja rakaman. Ini akan menjimatkan masa dan mutu rakaman akan lebih baik. Anda terpaksa mengulang rakaman sekiranya terdapat kesilapan semasa kerja-kerja rakaman dibuat. Berikut adalah contoh sebuah skrip audio.

Pelakon/Narator Narasyen Muzik Kesan Bunyi
(Muzik tema)

FI, Fup

(Running 10 sec.

Pencerita Selamat pagi murid-murid. Hari ini kita akan

mendengar sebuah cerita yang mengisahkan…

Muzik tema

FD

(Muzik tema)

Fup, FO

(Running 6 sec.)

En. Zelkeply Assalamualaikum, Assalamualaikum Bunyi

ketukan

pintu

Mak Rohana Walaikumusalam.

En. Kassim. Apa hal tergesa-gesa ni?

Di dalam contoh skrip di atas, anda dapati terdapat beberapa singkatan seperti FI, Fup, FD, FO. Singkatan ini membawa maksud tertentu dan perlu difahami oleh juru teknik yang mengawal alat rakaman. Hal ini penting kerana kerja-kerja rakaman biasanya melibatkan kumpulan beberapa orang di mana setiap orang mempunyai peranannya. Berikut adalah maksud bagi singkatan-singkatan yang perlu anda ketahui dan gunakan apabila menghasilkan skrip.

FI (Fade in) Muzik masuk perlahan-lahan
FO (Fade out) Muzik hilang perlahan-lahan
FUp (Fade up) Muzik menaik perlahan-lahan
FD (Fade down) Muzik menurun perlahan-lahan
BG (Back Ground) Muzik latar

Bahan Rujukan  Tambahan

  1. Elemen Audio
  2. Nota Sound

Hasil Pembentangan Bahan Audio (PowerPoint)

  1. Proses Mendengar
  2. Format Audio
  3. Penghasilan Bahan Audio
  4. Penerbitan Audio
  5. Format Fail Audio

Audacity

Share