Tutorial Minggu 2

Tutorial

  1. Menggunakan pengurusan grafik untuk merumuskan definisi reka bentuk pengajaran dan jenis model reka bentuk pengajaran
  2. Banding dan bezakan ciri-ciri Model reka bentuk pengajaran mengikut kategori Model reka bentuk pengajaran berorientasikan bilik darjah, produk, dan sistem.
  3. Menjelaskan kriteria pemilihan sesuatu model reka bentuk pengajaran untuk tujuan tertentu.
  4. Bagaimana anda dapat mengaplikasikan pemilihan,penggunaan dan penilaian bahan dengan menggunakan model ASSURE?

ISL

  1. Pencarian maklumat melalui Internet perpustakaan berhubung:
    • Definisi dan konsep reka bentuk pengajaran.
    • Jenis-jenis model reka bentuk pengajaran dan peranannya dalam pendidikan.
    • Kriteria pemilihan model reka bentuk pengajaran.
  2. Membuat pencarian maklumat melalui Internet dan perpustakaan berhubung pengelasan model reka bentuk pengajaran seperti model pengajaran berorientasikan bilik darjah, berorientasikan produk dan berorientasikan sistem.

Pendapat Pelajar

Pendapat 1

kriteria pemilihan sesuatu model reka bentuk pengajaran untuk tujuan tertentu:

1- Membantu proses pembelajaran
sesuatu model reks bentuk pengajaran haruslah dapat membantu proses pembelajaran murid secara individu, kumpulan kecil dan kumpulan besar.
2- Membantu guru membuat persediaan topik
model Reka bentuk Pengajaran haruslah dapat membantu guru membuat persediaan tentang topik, kaedah, aktiviti, bahan dan keperluan murid.
3- Membantu membantu guru membuat persediaan
model reka bentuk pengajaran haruslah dapat Membantu guru membuat persediaan dan disesuaikan dengan topik dan latar belakang murid dalam PnP,
4- Pembelajaran yang menyeronokan
model reka bentuk pengajaran juga perlulah memiliki ciri pembelajaran yang lebih bermakna dan menyeronokan

Raifudin

Rafiuddin bin Mohd Shaihuddin
PISMP-JUN15-PA

Pendapat 2

Merujuk kepada soalan 3.

Tujuan utama model reka bentuk ialah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan seronok dan sistematik. Hal ini kerana, tujuan model reka bentuk diperkenalkan adalah untuk memudahkan guru untuk merancang dengan bentuk pengajaran dengan lebih mudah dengan dibantu oleh teknologi seperti video, kuiz dan simulasi.

Oleh itu, kreteria pemilaihan model reka bentuk bergantung kepada guru untuk menggunakan mengikut kesesuaian pengajaran dan subjek.

hassan

Mohamad Hassan Ashaari bin Mohd Shahridin
PISMP-JUN15-PA

Pendapat 3

Merujuk kepada soalan 3, pemilihan sesuatu model reka bentuk pengajaran adalah untuk merancang penggunaan media secara sistematik dan mempastikan pembelajaran berlaku. Pemilihan model reka bentuk bertujuan membantu guru merancangkan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media. Selain itu, ia memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah.

Ahmad

Ahmad Nasharudin Bin Mohd Fauzi
PISMP-JUN15-PA

Soalan 4

Model ASSURE merupakan salah satu model pengajaran yang berorientasikan bilik darjah. Model ASSURE ini menekankan lima komponen yang perlu diambil perhatian oleh guru-guru dalam proses pemilihan, penggunaan dan penilaian bahan dalam proses PdP di dalam bilik darjah. Di antara lima komponen yang ditekankan oleh model ASSURE ini, salah satunya ialah pemilihan, penggunaan dan penilaian bahan pengajaran untuk membantu dalam proses PdP di dalam bilik darjah.

Untuk mengaplikasi pemilihan, penggunaan dan penilaian bahan dengan menggunakan model ASSURE adalah dengan cara saya semestinya perlu mengambil kira kesesuaian sifat fizikal bahan media pengajaran yang ingin digunakan dalam PdP. Sifat fizikal itu perlu ditimbang tara samada sesuai dan mudah untuk difahami oleh pelajar ataupun tidak. Juga, media pengajaran yang digunakan itu juga haruslah menarik minat pelajar untuk belajar topik tersebut.

Malah, saya juga perlu menentukan objektif apa yang ingin dicapai dalam proses PdP supaya ketika mana proses pemilihan bahan media pengajaran dilakukan, saya memilih media pengajaran yang sesuai untuk ditayangkan di dalam bilik darjah.

Selain itu, ciri-ciri murid saya di dalam bilik darjah juga perlu diambil perhatian oleh saya semasa pemilihan bahan pengajaran. Hal ini kerana, ianya berkait rapat dengan objektif pengajaran yang ingin dicapai dalam proses PdP.

Saya juga perlu meneliti tahap kebolehan dan kelemahan para pelajar supaya proses PdP itu dapat membantu mereka dalam memahami dengan baik pembelajaran yang dipelajari pada hari itu. Gaya pembelajaran para pelajar di dalam kelas juga perlu diambil perhatian oleh saya semasa proses pemilihan bahan agar bahan pengajaran yang digunakan di dalam kelas dapat membantu memudahkan sesi PdP.

nuramira

Nuramira Husna binti Mohd Mokhtar
PISMP-JUN15-PA

Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi hanya membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran. Oleh yang demikian, sesuatu media pengajaran sama ada dihasilkan atau yang tersedia ada harus dipilih dengan teliti dan dirancang pengajarannya. Hal ini kerana, supaya ia dapat memenuhi fungsi sesuatu topik dan strategi pembelajaran untuk membantu guru dalam proses penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajarnya.

melalui model ASSURE boleh diaplikasikan proses pemilihan, penggunaan, dan penilaian bahan. Di dalam Model ASSURE terdapat beberapa langkah dalam menentukan ketepatan dan langkah persediaan dalam pemilihan media.

A : Analyze Learners
S : state objectives
S : select method
u :Utilize media and materials
R : Require Learner Participation
E : Evalute and Revise

melalui langkah ASSURE ini sudah menggunakan proses pemilihan , penggunaan dan penilaian bahan dalam langkah ialah S : state mathod iaitu memilih kaedah, media dan bahan. Dalam kompenen ini seseorang guru mempunyai tiga prosedur iaitu memilih kaedah, media dan bahan berdasarkan penggabungan beberapa faktor berkut:

-Ciri-ciri pelajar (the characteristics of the learners)
-Bentuk objektif (the nature of the objectives)
Pendekatan pengajaran ( the instructional approach)
-Kekangan situasi pengajaran (the constraints of the instructional situation)

bahan yang dipilih tidak semestinya memenuhi dan menepati kehendak dan keperluan objektif pembelajaran, namun begitu ia boleh di ubah suai atau direka agar menepati objektif dan keadaan keseluruhan. hal ini perlu dipilih untuk kesesuaian pelajar dan keadaan sekeliling. oleh yang demikian, proses pemilihan merangkumi tiga langkah tersebut.

-Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.
-Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
-Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Kemudian, langkah yang terlibat dalam model ASSURE adalah U : Utilize media and materials (menggunakan media dan bahan.) Hal ini lebih berfokuskan keapada pendekatan berpusatkan pelajar dengan menggunakan bantuan bahan dan guru. Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan terdapat beberapa tindakan yang perlu dilakukan oleh guru . Antaranya, guru perlu menyemak bahan dan media sebelum digunakan di dalam kelas agar tidak mengandungi perkara-perkara yang tidak berkaitan dan tidak bersesuaian dengan pelajar. Selain itu, guru perlu lebih bersedia dengan bahan yang seterusnya dan meramal masalah yang mungkin timbul.
Dan akhir sekali adalah langkah E : Evaluate and revise. Komponen yang akhir dalam Model ASSURE ini ialah penilaian dan menyemak semula perancangan. Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Penilaian semasa proses pengajaran-pembelajaran boleh dibuat melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran pelajar. Melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan menangani masalah pembelajaran boleh diambil. Pada masa ini, guru boleh mengubah teknik, memudahkan bahasa atau mengambil tindakan alternative lain. Penilaian ini membawa kepada penilaian pembelajaran ke arah pencapaian objektif pengajaran-pembelajaran.

nurmadiah

Siti Norhamidah binti Masrom
PISMP-JUN15-PA

Assalamualaikum smile

Model ASSURE tediri daripada 6 komponen utama iaitu Analyze Learners (Analisis Pelajar), State Objectives (Nyatakan Objektif), Select Methods, Media & Materials (Pilih kaedah, media dan bahan), Utilize Media & Materials (Gunakan media dan bahan), Require Learner Participation (Pelajar mengambil bahagian), Evaluate & Revise (Nilai dan Ubahsuai). Dengan menggunakan model ini, saya dapat mengaplikasikannya dalam pemilihan, penggunaan dan penilaian bahan. Dalam pemilihan media bahan , kita perlulah memilih berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Di samping itu, sebagai guru perlu menyediakan bahan yang sesuai, tempat-tempat belajar, makmal dan pusat sumber yang cukup. Selain itu, kita mesti menyediakan set induksi yang menarik bersesuaian dengan tujuan dan objektif pembelajaran. Kita perlu memilih media bahan dengan baik supaya proses pdp mencapai keberkesanan yang lebih efektif.

Manakala, dari sudut penggunaan media yang dibangunkan perlu digunakan terhadap kumpulan sebenar. Guru perlu melibatkan semua pelajar dalam penggunaan media bahan ini. Dalam proses pembelajaran, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran (membuat latihan, simulasi, perbincangan, latihtubi, kuiz dan lain-lain). Tambahan pula, pengukuhan serta-merta diberikan akan menghasilkan tindak balas yang betul.

Seterusnya, dari aspek penilaian pula, penilaian dan semakan semula perlu dijalankan di akhir pembelajaran. Tujuannya adalah untuk mengesan, Adakah objektif tercapai?, Adakah alat atau bahan dapat membantu pembelajaran?, Adakah pelajar mengendalikan bahan dengan betul?, Adakah suasana pembelajaran selesa? Melalui penilaian tersebut, kita dapat mengetahui penambahbaikan yang dapat kita lakukan terhadap penggunaan media ini secara optimum. Di samping, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih efektif dan mantap.

arifah

Arifah Nabihah binti Zulkafli
PISMP-JUN15-PA

Pemilihan media pengajaran mempunyai hubungan yang rapat daalam proses merancang sesuatu topik atau aktiviti pengajaran untuk menentukan keberkesanannya. Aspek ini diperjelas oleh Dick & Reiser (1985), yang telah mencadangkan satu model reka bentuk pengajaran.Beberapa model lain yang menyentuh aspek pemilihan media pengajaran ajaran seperti Model ASSURE (Heinich & rakan-rakan, 1996).

model ASSURE telah memperkenalkan beberapa komponen dalam pemilihan, penggunaan dan penilaian bahan iaitu analisis Pelajar (Analyze learners)yang bermaksud menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar kita adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek seperti ciri-ciri umum pelajar , pengetahuan/pengalaman sedia ada dan juga gaya belajar mereka. Oleh itu guru boleh mengenal pasti atau menganalisis pelajar dengan berpandukan aspek-aspek yang dinyatakan.

Seterusnya adalah menyatakan objektif (State Objectives).Pernyataan objektif pretasi (performance objectives) dalam merancang sesuatu pengajaran adalah amat penting dalam menentukan apakah jenis multimedia yang ingin digunakan. Objektif ialah suatu pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran tersebut. Objektif juga penting untuk menentukan corak dan jenis penilaian yang akan dibuat pada akhir pelajaran. Oleh itu, guru perlu mempunyai rancangan dan penetapan objektif untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka agar memudahkan sesi semasa menjalani pengajaran dan juga semasa ingin menilai prestasi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di akhir sesi pdp itu nanti.

Berikutnya adalah memilih kaedah, media dan bahan (Select methods, media and materials). Dalam kompenen ini seseorang guru mempunyai tiga prosedur iaitu memilih kaedah, media dan bahan berdasarkan penggabungan beberapa faktor iaitu ciri-ciri pelajar , bentuk objektif, pendekatan pengajaran dan juga kekangan situasi pengajaran. Guru perlulah memastikan aspek-aspek tersebut dijalankan dan dilaksanakan dengan baik bagi mendapatkan keputusan yang positif dalam penggunaan media pengajaran.

Seterusnya adalah penggunaan media dan bahan(Utilize media dan materials). Dalam komponen ini, guru perlu menyemak,pratonton dan kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Selain itu guru perlulah menyediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas dan juga menyediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, guru juga perlu menyediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber dan menyediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar iaitu memilih kaedah dan teknik penyampaian yang sesuai.

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Komponen yang akhir dalam Model ASSURE ini ialah penilaian dan menyemak semula perancangan. Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.

raifudin

Rafiuddin bin Mohd Shaihuddin
PISMP-JUN15-PA

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *