Tutorial Minggu 1

Tutorial

  1. Perbincangan: Peranan teknologi dan media pengajaran dalam konteks bilik darjah abad ke-21.
  2.  Perbincangan: Antara tiga komponen utama TPACK, yang manakah yang paling penting dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan?

ISL

  1. Pelajar mencari maklumat melalui Internet dan perpustakaan berhubung kemahiran Abad ke-21 serta pedagogi dan teknologi yang diamalkan dalam bilik darjah abad ke-21.
  2. Pelajar  mencari maklumat melalui Internet dan perpustakaan berhubungTPACK.

Rujukan

  1. Buletin Anjakan, Bil. 5/2015. (2015). http://www.padu.edu.my/files/Buletin_Anjakan_Bil_5-2015_(Final).pdf
  2. Khoeler, Mathew. (2012). TPACK explained. http://www.matt-koehler.com/tpack/tpack-explained/
  3. Noriati A. Rashid, Boon, Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hassan. (2012). Bab1 & Bab 3 dalam Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Edisi kemaskini. Shah Alam: Oxford Fajar Bakti.

PENDAPAT TERPILIH

Soalan 1

Berikut adalah beberapa pendapat daripada pelajar S1T2-Jun15-RBT

Assalamualaikum encik Amin.

Salah satu perubahan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang ialah kemahiran abad ke-21. Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada milenium baru. Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada zaman ini.

Salah satu kemahiran abad ke 21 ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sejajar dengan perkembangan pendidikan pada masa sekarang. Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira namun literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.

Penggunaan teknologi dan media pengajaran memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasa yang baik di dalam kelas. Penggunaan teknologi contohnya seperti komputer dapat membantu meningkatkan tumpuan pelajar di dalam kelas. Selain itu, teknologi juga mampu menjadi pengantara pelajar dan guru. teknologi mampu bertindak sebagai pengganti buku teks untuk memudahkan proses pembelajaran pelajar. Di samping itu, pelajar juga dapat berkongsi ilmu dengan rakan-rakan sama ada di dalam mahupun di luar negara dengan menggunakan modul aplikasi pembelajaran yang komprehensif seperti ‘Edmodo’. Proses ini dapat meningkat pengetahuan di samping menimbulkan keseronokan belajar.Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita haruslah berusaha mewujudkan suasana yang pelbagai dengan menggunakan kepelbagaian kaedah dan teknik pengajaran untuk memudahkan proses pembelajaran dan penyampaian ilmu.

Nurfadzlainie Rosli

Nur Fadzlainie binti Rosli
PISMP-JUN15-RBT

ssalamualaikum en. Amin,

Tidak dinafikan lagi perubahan demi perubahan dari segi teknik dan juga sumber pembelajaran dapat kita lihat dalam pendidikan seiring dengan pesatnya peralihan zaman. Penggunaan teknologi info-komunikasi dalam pendidikan adalah salah satunya. Sekiranya dibandingkan dahulu dan sekarang memang jauh bezanya sekali, dahulu hanya bersumberkan bahan bacaan daripada buku dan pelajaran yang diterangkan oleh guru, namun sekarang penggunaan teknologi dan media elektronik juga mengambil tempatnya sendiri. Teknologi merupakan salah satu topik yang sering dibicarakan dan dibincangkan oleh orang ramai berkaitan dengan pembelajaran dan pendidikan di dalam abad ke-21 ini.

Seperti yang kita ketahui, Kementerian Pelajaran Malaysia secara jelasnya telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan di Malaysia. Yang pertama iaitu literasi ICT untuk semua pelajar, kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat P&P dan yang ketiga iaitu penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti. Oleh itu Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, menjelaskan beberapa manfaat ICT iaitu penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran diantaranya berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi murid, membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning), membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi, mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan, membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa, meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid serta memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima serta meningkatkan kemahiran ICT.

Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal.

Rosenberg (2001) menjelaskan integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid. Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan

Kajian yang dijalankan (Abdul Rahim Mohd Saad, 1998) menyatakan terdapat beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai ‘field dependent’ berbanding dengan murid ‘field independent’. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam ‘field independent’ adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam ‘field dependent’ mereka akan mudah faham seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakan kesemua panca indera semasa proses pembelajaraan.

Kesimpulannya, murid memerlukan kemahiran abad ke 21 bagi menghadapi cabaran yang kian mencabar hari ini. Kemahiran abad ke-21 menuntut pembentukan pelajar yang mahir mengaplikasikan literasi digital serta berfikiran kreatif dan kritis serta mempunyai kecemerlangan interpersonal dan kemahiran sosial. Ini amat penting bagi membantu Malaysia mencapai matlamat untuk membangunkan modal insan yang boleh bersaing secara global seperti yang terdapat dalam NKRA. Kemahiran abad ke-21 dilihat amat penting untuk persaingan dan kerjasama global, pembangunan maklumat dan keperluan dalam pasaran pekerjaan. Sistem pendidikan hari ini perlu mengintegrasikan kemahiran abad ke-21 bagi memastikan pelajar dapat menghubungkan ilmu yang mereka peroleh dengan kehidupan mereka seharian.Strategi pengajaran berpusatkan murid yang digabungkan dengan teknologi masa kini boleh memperkembangkan kemahiran abad ke-21 yang dituntut bagi menghadapi cabaran pasaran global yang kompetitif. Perkembangan teknologi boleh membantu pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bilik darjah tetapi juga di luar.

Sekian, terima kasih.

Sofiyah Abd Rahim

Sofiyah binti Abd Rahim
PISMP-JUN15-RBT

Pada pendapat saya, teknologi dan media pengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam konteks bilik darjah abad ke-21. Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 menuntut kita semua yang terlibat dalam dunia pendidikan untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), mengurus bilik darjah dan ruang pembelajaran yang lebih dinamik serta bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan Pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa.

Antara peranan teknologi dan media pengajaran dalam konteks bilik darjah dalam abad ke-21 ialah sebagai sebagai pemudahcara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat memahami dengan lebih mendalam sesuatu tajuk yang diajar di dalam bilik darjah.

Selain itu, peranan teknologi ialah membantu guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang lebih kreatif, menarik dan interaktif. Ini dapat menarik minat pelajar untuk lebih memberikan fokus ketika di dalam kelas. Seterusnya peranan teknologi dalam bilik darjah ialah proses pengajaran dan pembelajaran tidak hanya bertumpu kepada kandungan buku teks semata-mata. Namun, dengan adanya capaian internet proses carian maklumat yang baharu akan menjadi lebih mudah dan lebih meluas. Ini akan menjadikan murid lebih mengetahui maklumat dengan lebih luas.

Antara peranan teknologi ialah mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama teknologi pendidikan ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positifAkhir sekali peranan lain teknologi dalam bilik darjah abad ke-21 ialah untuk mengubah peringkat membuat keputusan, mengubah sistem atau pendekatan pembelajaran, dan mengubah pengalaman pembelajaran.

Hanif Hussin

Hanif bin Hussain
S1T2-Jun15-RBT

 

 

 

Soalan 2

Berikut adalah beberapa pendapat daripada pelajar S1T2-Jun15-PA

TPACK terdiri daripada tiga komponen iaitu teknologi , pedagogi dan kandungan pengetahuan. Antara tiga komponen tersebut kadungan pengetahuan adalah merupakan komponen yang paling penting di dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kandungan pengetahuan atau content knowledge adalah pengetahuan guru tentang sesuatu bidang tertentu dan kemahiran serta kefahaman guru tentang sesuatu subjek atau topik pembelajaran.
Kandungan pengetahuan dilihat penting kerana guru mestilah memilki kandungan pengetahuan yang baik dan mantap sebelum mengajar atau menyampaikan ilmu.

Hal ini kerana jika guru tidak mempunyai pengetahuan yang kukuh maka ilmu yang disampaikan kepada para pelajar dikhuatiri ada kesilapan dan ketidaksempurnaan. Dengan kandungan pengetahuan yang kukuh dan mantap maka guru akan mudah menyesuaikan kemahiran dan pengetahuan sedia ada mereka dengan pedagogi dan teknologi pendidikan. Maka guru akan mudah melakukan penambahbaikan dan perubahan serta kemajuan dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

raifudin

Rafiuddin bin Mohd Shaihuddin
PISMP-JUN15-PA

 

 

Komponen yang paling penting dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah gabungan ketiga-tiga komponen yang menjadi asas utama di dalam TPACK tersebut .

saya mengatakan gabungan ketiga-tiga komponen ini adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah kerana, PdP abad 21 menekankan penggunaan teknologi dalam kalangan guru . Guru di abad 21 perlu menguasai kemahiran menggunakan teknologi yang ada dalam proses PdP di dalam bilik darjah.

Kebanyakan guru mempunyai 2 komponen asas, iaitu Content Knowledge dan Pedagogical Knowledge. Oleh yang demikian, proses PdP dalam bilik darjah agak membosankan pelajar kerana guru memberi input dan murid duduk menerima input yang diberikan kepada guru.

Jika guru meningkatkan sedikit pengetahuan di dalam bidang penggunaan teknologi untuk diaplikasikan dalam bilik darjah, suasana PdP dalam bilik darjah akan semakin menarik dan seronok.

 nuramira

Nuramira Husna binti Mohd Mokhtar
PISMP-JUN15-PA

TPACK terdiri daripada tiga komponen iaitu pengetahuan ,pedagogi dan teknologi. Antara tiga komponen tersebut kadungan pengetahuan adalah merupakan komponen yang paling penting di dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Sesuatu pelajaran itu adalah bergantung keseluruhannya pada pengetahuan untuk disampaikan. Keberkesanan memahami pelajaran oleh murid hasil sejauh mana pengetahuan yang diberikan dalam pembelajaran oleh guru,

Seterusnya, barulah disusuli dengan pedagogi dan teknologi sebagai langkah tambahan bagi menjadikan proses pengajarn dan pembalajaran lebih menarik dan efektif.

Aizat
Muhammad ‘Aizat Bin Zakaria
PISMP-JUN15-PA

Antara tiga komponen utama TPACK, content knowledge, pedagogi knowledge dan teknolog knowledge sangat memainkan peranan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini kerana, guru merupakan orang yang mempunyai pengengtahuan kandungan banyak dan guru juga perlu memahami dengan mendalam isi kandungan yang hendak di ajar sebelum disampaikan kepada muridnya. selain itu, pengetahuan kandungan juga merupakan komponen yang paling penting berbanding dengan komponen yang lain. hal ini kerana, guru merupakan orang yang akan menyampaikan isi kandungan kepada murid, jika guru tidak menguasai isi kandungan yang hendak disampaikan, maka penyampaian isi kandungan itu tidak akan berkesan dan komponen lain tidak akan boleh digunakan dengan sebaik mungkin serta pemngajaran dan pembelajaran tidak akan disampaikan secara berkesan.

Hassan

Mohamad Hassan Ashaari bin Mohd Shahridin
PISMP-JUN15-PA

TPACK merupakan gabungan antara ketiga tiga komponen iaitu teknologi, pedagogi dan content. Ketiga tiga ini merupakan komponan yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada pendapat saya, pedagogi pengetahuan merupakan komponen yang perlu dititikberatkan oleh setiap guru.

Hal ini kerana, guru sendiri perlu mengetahui dan faham akan pedagogi itu sendiri sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru perlu tahu bagaimana cara untuk mengajar , strategi mahupun pendekatan yang boleh digunakan. Dengan ini, maklumat yang disampaikan oleh guru akan diterima dengan baik. Hal ini kerana seperti yang kita sedia maklum setiap murid mempunyai pelbagai perbezaan dalam pembelajaran. Oleh yang demikian jelas menunjukkan bahawa pedagogi pengetahuan antara komponen yang perlu dititikberatkan oleh guru.

Namun begitu, ketiga-tiga adalah komponen yang penting dan perlu difahami kerana TPACK adalah gabungan yang sangat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

nurafiqah

Siti Nuratiqah Binti Mohammad Nor
PISMP-JUN15-PA

Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) dikenali di dalam bidang penelitian pendidikan sebagai kerangka untuk memahami pengetahuan yang oleh seorang guru untuk mengintegrasikan tiga domain pengetahuan teknologi, pedagogi, dan isi penting (Mishra & Koehler, 2006). Pada perkembangannnya akronim TPCK diubah menjadi TPACK untuk mempermudah mengingatnya dan untuk membentuk integrasi antara tiga jenis pengetahuan yaitu teknologi, pedagogi, dan konten (Thomson dan Mishra, 2007-2008). TPACK adalah sebuah kerangka yang menggambarkan hubungan antara tiga komponen dasar pengetahuan teknologi,pedagogi, dan isi(content).
Antara tiga komponen utama dalam TPACK, komponen yang paling utama yang saya rasakan sangat penting adalah Content knowlegde (CK). CK adalah pengetahuan tentang pengisian ilmiah yang akan terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru seharusnya mengetahui tentang isi penting pengetahuan yang akan mereka ajarkan. Sebagai seorang guru seharusnya kita mempunyai ilmu pengetahuan untuk disampaikan kepada anak-anak murid kita nanti. Sebagai seorang pendidik kita mestilah memiliki ilmu untuk disampaikan kepada yang lain. Seorang pelajar dan kanak-kanak itu umpama kain putih, maka tugas mencorakkan mereka itu bergantung kepada individu yang bergelar guru itu sendiri.
Namun begitu, semua komponen dalam TPACK amat penting dalam mempersiapkan diri sebagai seorang pendidik kelak. TPACK adalah kerangka yang berguna untuk berfikir tentang pengetahuan apa yang harus guru miliki untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam pengajaran dan bagaimana mereka dapat mengembangkan pengetahuan ini.

Nurhafizah

Nur Hafizah Binti Zainol Hamizi
PISMP-JUN15-PA

 

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *