Halaman Utama

 

Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kursus ini wajib diambil oleh semua pelajar PISMP  pada Semester 1 Tahun 2. Semua pelajar  akan didedahkan mengenai  kertas Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran pelbagai teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran serta menguasai kemahiran merancang, memilih, menghasil dan menilai media pengajaran dengan cekap.

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

  1. Menjelaskan konsep-konsep dan peranan teknologi dan media untuk pengajaran dan pembelajaran. (C2, A4, P1,LO1, LO4, CS1)
  2. Mengguna teknologi dan media pengajaran berdasarkan model rekabentuk pengajaran yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. (C3, A5,P6, LO1, LO2, LO4, CS4)
  3. Menilai keberkesanan media dan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan instrumen penilaian dengan cekap. (C5, A5,P7, LO2, LO4, LO6, CS4, LL1)
  4. Menghasilkan media pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. (C6, A3, P7,LO2)

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran: Strategi Pengajaran Langsung, Strategi Berasaskan Aktiviti Kumpulan, Strategi Berasaskan Projek dan Strategi Pembelajaran Teradun. Strategi Pentaksiran: Pentaksiran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kerja Kursus (70%) dan Peperiksaan Akhir (30%). Kerja kursus dilaksanakan sepanjang kursus manakala Peperiksaan dijalankan di akhir semester. Kerja kursus terdiri daripada Projek penyediaan media untuk pengajaran dan pembelajaran, penulisan akademik mengenai penggunaan dan penilaian keberkesanan media pengajaran berasaskan satu model rekabentuk pengajaran dan pembentangan aktiviti kumpulan. Peperiksaan berbentuk ujian bertulis yang diadakan pada akhir kursus.

Fokus Kursus

Kursus ini memberi fokus kepada konsep dan amalan teknologi pengajaran. Pelajar akan memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media pengajaran. Pelajar akan mengaplikasikan kemahiran teknikal dalam menghasilkan media pengajaran yang berkualiti dan berkesan serta mengurus media dan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan cekap.

This course focuses on conceptual and practical aspects of instructional technology. Students will acquire knowledge and understanding on selecting, producing, utilizing and evaluating instructional media. Students will apply technical skills in producing quality and effective instructional materials and managing instructional media and resources efficiently.

 

Topik-topik teknologi dalam Pengajarnan dan Pembelajaran adalah seperti berikut:

  1. Teknologi dan Media Pengajaran
  • Konsep Teknologi dan Media untuk Pengajaran dan Pembelajaran.
  • Konsep Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK)
  1. Reka Bentuk Pengajaran
  • Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran
  • Peranan reka bentuk pengajaran
  • Model-model reka bentuk pengajaran
  1. Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran
  • Pemilihan media pengajaran
  • Pengubahsuaian dan Penghasilan Media Pengajaran
  • Penilaian Keberkesanan Media Pengajaran
  1. Visual untuk Pengajaran dan Pembelajaran
  • Peranan Visual dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Jenis-jenis visual
  • Penghasilan bahan visual untuk pengajaran dan pembelajaran
  1. Audio untuk Pengajaran dan Pembelajaran
  • Peranan audio dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Sumber audio dan format fail audio
  • Penghasilan bahan audio untuk pengajaran dan pembelajaran

– Perancangan dan penyediaan skrip, perkakasan dan perisian,

– Rakaman dan suntingan

  1. Video untuk Pengajaran dan Pembelajaran
  • Peranan video dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Sumber video dan format fail video
  • Teknik merakam video
  • Penghasilan klip video

– Perancangan dan penyediaan papan cerita

– Rakaman dan suntingan

  1. Integrasi Perisian Aplikasi Pejabat untuk Pengajaran dan Pembelajaran
  • Jenis-jenis Perisian Aplikasi

– Pemprosesan Perkataan

– Persembahan Elektronik

– Hamparan Elektronik

– Pangkalan Data

  • Integrasi perisian aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
  1. Multimedia Interaktif untuk Pengajaran dan Pembelajaran
  • Konsep multimedia
  • Penghasilan pakej pembelajaran multimedia interaktif

– Perancangan dan penyediaan bahan multimedia

– Elemen interaktiviti

  • Penilaian bahan multimedia
  1. Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran
  • Konsep dan jenis-jenis pembelajaran dalam talian
  • Peralatan dan aplikasi pembelajaran dalam talian
  • Penggunaan aplikasi internet untuk pembelajaran.
  • Penggunaan aplikasi internet untuk pengajaran
  1. Isu dan Cabaran Penggunaan Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
  • Isu harta intelek, undang-undang siber,, plagiat, kerahsiaan, keselamatan, penyebaran maklumat
  • Cabaran aplikasi teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran

– kesediaan guru dan pelajar

– sokongan organisasi

– kesediaan teknologi

  • Piawaian ISTE (International Society for Technology in Education).